Saturday, November 27, 2010

Apa itu Kakisan?What's Corrosion?

Gambar:Ammonite-Corrosion

Sedikit sebanyak info untuk dunia 'corrosion' sekadar ulangkaji teori asas kakisan =)

Kakisan adalah kegagalan, kerosakan ,kemerosotan atau 'degradasi' logam akibat tindak balas redoks antara suatu logam dengan oksidan yang memberikan hasil tindakbalas atau zat yang lain. Dalam bahasa yang paling mudah, kakisan ialah kemerosotan bahan-bahan oleh saling tindak kimia dengan persekitaran mereka. Kakisan juga disebut sebagai karat. Contoh kakisan yang paling lazim adalah pengaratan besi.Perkataan Kakisan kadangkala diaplikasikan untuk degradasi plastik, kayu dan konkrit, tetapi umumnya merujuk kepada logam-logam.(namun saya sendiri masih mencari-cari apakah dan bagaimanakah 'degradasi' plastik atau polimer ini)

Ketika kakisan bermula, logam akan mengalami pengoksidaan, sedangkan oksigen (udara) mengalami tindakbalas penurunan Karat logam umumnya adalah berupa oksida atau karbonat. Formula kimia karat besi adalah Fe2O3.nH2O, suatu zat padat yang berwarna coklat-merah.

Kakisan merupakan proses elektrokimia. Pada kakisan besi, bahagian tertentu dari besi itu dinamakan sebagai anod, di mana besi mengalami pengoksidaan.Sila lihat gambarajah ini

Berikut adalah tindak balas yang berlaku di anod

Fe(s) <--> Fe2+(aq) + 2e

Elektron yang dibebaskan di anod mengalir ke bahagian lain dari besi itu yang bertindak sebagai katod, di mana oksigen mengalami penurunan.

Berikut adalah tindak balas yang berlaku di katod

O2(g) + 4H+(aq) + 4e <--> 2H2O(l)

atau

O2(g) + 2H2O(l) + 4e <--> 4OH-(aq)


Ion ferum(II) yang terbentuk pada anod selanjutnya teroksida membentuk ion ferum(III) yang kemudian membentuk oksida terhidrasi, iaitu ferum oksida atau karat besi (terma Bahasa Indonesia). Mengenai bahagian mana dari besi itu yang bertindak sebagai anod dan bahagian mana yang bertindak sebagai katod, bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya potensi perbezaan logam itu sendiri.

Ada definisi lain yang mengatakan bahwa kakisan adalah tindakbalas berbalik (sila rujuk berdasarkan pemahaman anda ketika sekolah menengah atau internet) dari proses pengekstrakan logam dari bijih mineralnya.Contohnya, bijih mineral logam ferum di persekitaran udara yang bebas akan wujud dalam bentuk ferum oksida atau ferum sulfida, setelah diekstraks dan diolah, akan menghasilkan besi yang digunakan untuk membuat besi waja.

Antara kesan buruk dari kakisan adalah;

-Pengurangan ketebalan logam yang membawa kepada kehilangan kekuatan mekanik dan kegagalan struktur atau kerosakan. Apabila logam hilang dalam zon-zon setempat yang menghasilkan struktur 'cracklike', faktor pelemahan yang sangat banyak yang boleh dihasilkan dari agak sedikit kehilangan logam.
-Bahaya atau kecederaan kepada orang yang akan terjadi akibat dari kegagalan struktur atau kerosakan (contoh: jambatan-jambatan, kereta-kereta, pesawat).
-Kehilangan ciri-ciri permukaan yang dari segi teknik penting satu komponen berlogam. Ini mungkin termasuk geseran dan ciri-ciri 'bearing', kemudahan aliran bendalir mengenai permukaan paip, kekonduksian elektrik sentuhan, permukaan kepantulan atau pemindahan haba merentasi satu permukaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila berkunjung ke laman sesawang, yang masih belajar di institusi pendidikan bolehla merujuk kepada pensyarah-pensyarah anda

P/S:Terima Kasih Murdani dari Indonesian Corrosion Society, (Bila pulak nak ade Malaysian Corrosion Society ni?)xpun nanti kawan jela yang tubuhkan hehe..apapun terima kasih geng kerana sedia membantu

Akan datang InsyaAllah; Jenis-jenis Kakisan dan Jenis- Jenis Perlindungan Kakisan

Faryd Syakirin

Jurutera Kakisan

Malaysia

4 comments:

  1. saya ingin mengambil kejuruteraan metalurgi tapi masih tak mendapat pendedahan mengenai bidang ini..Boleh tak kalau ceritakan sikit tentang bidang ini? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah bidang metalurgi nie pening pening hahaha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete