Saturday, November 20, 2010

Sarjana Islam Jabir Ibn Hayyan:Dilupakan atau ditenggelamkan Barat


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat2ku, apabila dalam keadaan standby ni ligat kepala kawan untuk memulakan penulisan sedikit sebanyak ilmu tentang Corrosion and Cathodic Protection yang kawan dapat dalam pelayaran ni, namun bila kawan fikir-fikir balik,baik kawan mulakan dari tokoh sarjana Islam yang dilupakan dan tentu ada yang tidak tahu tentang kajian yang mereka lakukan dan menjadi 'fundamental' konsep untuk 'research' masakini..

Tokoh yang kawan maksudkan adalah Jabir Ibn Hayyan,nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan dikenali dgn formula kimia yang menjadi kayu ukur dan 'fundamental' kepada dunia kimia itu sendiri,dipopularkan sebagai Bapa Ilmu Kimia Dunia dan barat dikenali sebagai 'Geber'. Sedikit sebanyak kawan akan coretkan perkara penting yang menjadi kayu ukur kajian penyelidik ulung bernama Jabir Ibn Hayyan ini.

Jabir banyak berselisih pendapat dengan para ilmuan sebelum zamannya di bidang kimia. Kenyataan demikian dibuktikan dengan sifat peribadi beliau yang secara bersahaja melakukan testimony (pengujian) di dalam mencari pembuktian lantas terus meyakini kebenaran teorinya dengan mendalam. Beliau menegaskan kepada pelajarnya supaya melazimi ujikaji. Beliau pernah berkata: “Perkara pertama yang mesti dilaksanakan adalah melakukan ujikaji; kerana mereka yang tidak melakukannya tidak akan dapat mencapai tahap minima dari aspek kesungguhan mencari bukti dan kebenaran. Maka anda mesti melakukannya untuk mencapai tahap ilmu yang meyakinkan”.

Kemampuan Jabir dan ilmuan Islam selepasnya mengubah persepsi ilmu kimia dari khurafat dan tahyul ke alam nyata terbukti setelah mereka berjaya merungkaikan empat asas penting dalam kimia iaitu: Air, Udara, Api dan Tanah. Kesemua ahli kimia sebelumnya berpendapat bahawa sebab utama pembentukan satu logam seperti emas, perak, tembaga, besi, belerang dan timah adalah berasal dari asal yang satu. Air, udara, api dan tanah telah menyebabkan ia berubah dari jenis asal kepada pelbagai jenis logam yang berbeza dari asalnya.

Kemampuan beliau melakukan eksperimen saintifik untuk menentukan kesahihan dari teori sebelumnya memungkinkan beliau membuat penemuan sejumlah besar bahan kimia, serta pengetahuan tentang beberapa tindakbalas kimia serta mampu mengesani tahap kemampatan kimia sederhana berdasarkan beberapa ujikaji seperti teknik tapisan dan kristal dan pengoksidaan.

Di samping itu sumbangan beliau di bidang penyelidikan empirikal mengenai pengenalan kimia adalah seperti penemuan alkali, cecair perak dan mendahului ilmuan Eropah dalam mendefinisikan garam dan air, amonia, kalium karbonat, emas, minyak, hijau asam belerang atau asid sulfurik.

Jabir bin Hayyan juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pemurnian logam dan penyediaan baja dan campuran kimia tekstil celupan dan cecair untuk penyamakan kulit serta kain lapisan penghalang kebocoran air. Keunggulan tersebut adalah satu kredit untuk kegunaan magnesium dioksida dalam industri kaca, seperti yang ditemui oleh beliau tentang penggunaan tawas dalam membantu menstabilkan Warna.

Jabir bin Hayan telah mengarang antara 232-500 buku akan tetapi sebahagian besar buku-buku ini telah hilang. Sebahagian bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan sebahagiannya pula ke dalam bahasa Inggeris pada Zaman Pertengahan.

Jabir bin Hayyan meninggal pada tahun 815 M namun ahli sejarawan berbeza pendapat untuk menentukan tarikh lahir dan kematian secara tepat, tetapi beberapa orientalis mengatakan bahawa penulisan buku-buku Jabir tidak dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 95 tahun dan sebahagaian ahli sejarah lain pula mengatakan bahawa Jabir bin Hayyan dilahirkan pada 722 Masihi dan meninggal pada 815 Masihi.

Sungguh sekalipun dirimu dilupakan dan dipinggirkan,namun bg drku,kaulah pencetus ilmu yang menjadi momentum kepada kajian saintifik masa kini.

Faryd Syakirin


No comments:

Post a Comment